Sejarah Penubuhan

Pada 10 Oktober 2010,adalah satu tarikh bersejarah buat Persatuan Kompang Al-Jan kerana tarikh itu merupakan tarikh rasmi penubuhan Persatuan Kompang Al-Jan(PKAJ) dan tarikh itu juga bermulanya pasukan ini bermain kompang di khalayak ramai iaitu di rumah Pn.Ruhaya bt.Hassan.Persatuan ini diasaskan oleh Encik Zuraimi dan Encik Yusro yang mana Persatuan ini khas untuk belia-belia di Kuaters Pusat Pembiakan Itik.Disamping itu juga,orang-orang dewasa boleh menyertai Persatuan ini tetapi dengan syarat membantu membangunkan Persatuan sendiri.Persatuan ini ditubuhkan untuk:

  • Memastikan belia di Kuaters Pusat Pembiakan Itik dan kawasan sekitarnya tidak membuang masa dengan perkara yang sia-sia.
  • Tidak menjadikan permainan kompang sebagai satu punca pendapatan
  • Untuk memartabatkan kebudayaan Melayu supaya tidak lupus dek kerana zaman